Total Pageviews

Wednesday, December 23, 2009

Skim Kepolisian Komuniti

Apakah itu community policing,Kepolisian Komuniti ?

CP merupakan satu falsafah yang mengalakkan strategi strategi bersistematik demi meyokong
kerjasama untuk mengenal pasti secara proaktif kaedah penyelesaian masalah utama dalam
bidang keselamatan orang awam dan juga perasaan takut kepada jenayah.

Siapakah yang mengunakan falsafah ini ?

Falsafah ini di gunakan secara meluas nya oleh polis dan masyarakat di mana ia di gunakan
sebagai satu kaedah untuk mencegah jenayah dan juga mengurangkan ketakutan kepada
jenayah.

Mengapakah hanya kini CP di utamakan oleh PDRM ?

CP telah di beri keutamaan nya oleh KPN Tan Sri Musa Bin Hj Hassan semasa beliau
membentangkan PS5T (Pelan Stategik 5 Tahun) dalam usaha polis untuk menangani
jenayah.

Apakah ciri utama CP ?

CP di Malaysia merupakan satu usaha kerjasama erat dan sistematik di mana wujud nya satu
perhubungan di antara polis dan komuniti tempatan untuk mengenal pasti masalah komuniti
dan merangkai cara penyelesaian nya.

Kaedah SARA yang di gunakan di CP di Malaysia

S=Screening,=Mengumpul masalah dan maklumat.

A=Analysis,=Menganalisa maklumat dan masalah yang sedia ada di komuniti dan mencari
kaedah menyelesaikan nya.

R=Response,=Respon kepada semua maklumat dan masalah yang sedia ada.

A=Assesment,=Membuat aksesmen berjadual kepada beberkesanan dan membuat
perubahan kepada kesesuaian kaedah kaedah yang di gunapakai apabila di perlukan.

Apakah teaori yang perlu di sampaikan kepada komuniti ?

Teori Broken Window oleh Jame Q wilson dan George l Kelling telah membawa erti di mana
sekira nya terdapat satu bangunan yang di mana tingkap nya telah di pecahkan dan tidak
di perbaiki dengan segera,ia akan menjadi jemputan kepada orang lain untuk
memecahkan tingkap tingkap lain yang masih elok dan lama kelamaan rumah tersebut
akan di serang dengan vandelisma yang lebih teruk.

Ini bermakna sekiranya sesebuah komuniti menghadapi sata masalah kecil yang berlaku dan ia di biarkan melarat ia berkemunkinan akan membawa kepada satu masalah yang lebih besar.
Oleh yang demikian teori ini harus di gunapakai oleh komuniti sesetempat untuk mencegah jenayah

Di sambung lain minggu........

Thursday, December 17, 2009

Kepolisian Komuniti,CP Taman Bukit Indah

Pengenalan

Community policing atau pun Kepolisian Komuniti Taman Bukit Indah telah
di tubuh pada 06/10/2009 dan di lancarkan pada 18/10/2009 oleh yang
berbahagia ketua Polis daerah Nusajaya,Johor,Tuan Supt Abd Aziz bin Ahmad.

Kepolisian Komuniti ialah sebuah organisasi bukan kerajaan yang berkerjasama
dengan pihak polis dalam mencegah jenayah di taman kita.Community Policing
adalah salah satu pasukan sukarelawan.Ahli kita terdiri daripada penduduk
penduduk Taman Bukit Indah,Rela,kakitangan kerajaan dan lain lain .

Tujuan Kepolisian Komuniti atau Community Policing ialah berkerjasama dengan
polis untuk mencegah jenayah di Taman kita.CP adalah Mata dan Telinga PDRM.

Mengawasi jenayah adalah tanggung jawab kita semua.


Visi kami

Kami mendukung konsep kepolisian komuniti dalam usaha mencegah jenayah,CP adalah
satu usaha kerjasama diantara polis dengan orang awam dalam membanteras jenayah
dengan lebih cepat dan cekap.

Misi Kami

Untuk mewujudkan dan melahirkan kefahaman,kepercayaan dan tanggungjawab
dua hala antara polis dan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah di komuniti
tempatan menerusi pendekatan yang cekap.

Masyarakat dan polis dengan mengurangkan/menidakkan peluang untuk jenayah berlaku.

Mendengar dan menyelesaikan aduan orang awam terhadap polis.

Menggalakkan dan membina jalinan yang jujur dan sihat antara polis dengan masyarakat.

Membina semagat kejiranan,

Mendidikan orang awam tentang cara pencegahan jenayah .


Pengerusi Community Policing Taman Bukit Indah,CP Yap
17/12/2009...9.40pm.