Total Pageviews

Thursday, December 17, 2009

Kepolisian Komuniti,CP Taman Bukit Indah

Pengenalan

Community policing atau pun Kepolisian Komuniti Taman Bukit Indah telah
di tubuh pada 06/10/2009 dan di lancarkan pada 18/10/2009 oleh yang
berbahagia ketua Polis daerah Nusajaya,Johor,Tuan Supt Abd Aziz bin Ahmad.

Kepolisian Komuniti ialah sebuah organisasi bukan kerajaan yang berkerjasama
dengan pihak polis dalam mencegah jenayah di taman kita.Community Policing
adalah salah satu pasukan sukarelawan.Ahli kita terdiri daripada penduduk
penduduk Taman Bukit Indah,Rela,kakitangan kerajaan dan lain lain .

Tujuan Kepolisian Komuniti atau Community Policing ialah berkerjasama dengan
polis untuk mencegah jenayah di Taman kita.CP adalah Mata dan Telinga PDRM.

Mengawasi jenayah adalah tanggung jawab kita semua.


Visi kami

Kami mendukung konsep kepolisian komuniti dalam usaha mencegah jenayah,CP adalah
satu usaha kerjasama diantara polis dengan orang awam dalam membanteras jenayah
dengan lebih cepat dan cekap.

Misi Kami

Untuk mewujudkan dan melahirkan kefahaman,kepercayaan dan tanggungjawab
dua hala antara polis dan masyarakat dalam usaha pencegahan jenayah di komuniti
tempatan menerusi pendekatan yang cekap.

Masyarakat dan polis dengan mengurangkan/menidakkan peluang untuk jenayah berlaku.

Mendengar dan menyelesaikan aduan orang awam terhadap polis.

Menggalakkan dan membina jalinan yang jujur dan sihat antara polis dengan masyarakat.

Membina semagat kejiranan,

Mendidikan orang awam tentang cara pencegahan jenayah .


Pengerusi Community Policing Taman Bukit Indah,CP Yap
17/12/2009...9.40pm.

No comments:

Post a Comment