Total Pageviews

27,136

Thursday, July 8, 2010

Akta Polis 1967 (Akta 344)

Akta Polis 1967 (Akta 344) di bawah seksyen 89,memiliki,membuat,menjual atau membekalkan secara haram peralatan-peralatan yang dibekalkan kepada pegawai polis dan penggunaan pakaian seragam polis tanpa kebenaran.

Seseorang,yang bukannya seorang pegawai polis yang,
(a) didapati ada dalam miliknya apa-apa peralatan yang telah dibekalkan kepada mana-mana pegawai polis untuk melaksanakan tugasnya,atau apa-apa pingat atau bintang penghormatan yang diberi kepada mana-mana pegawai polis kerana keberanian,perkhidmatan atau kelakuan baik dan yang tidak dapat menerangkan dengan memuaskan bagaimana ianya ada dalam miliknya,atau yang tanpa kebenaran yang sah,membeli atau menerima apa-apa peralatan itu,pingat atau bintang penghormatan atau yang membantu atau bersubahat dengan mana-mana pegawai polis dalam menjual atau melupuskan apa-apa peralatan,pingat atau bintang penghormatan itu:

(b) tanpa kebenaran yang sah membuat,menjual atau membekal atau menawar untuk menjual atau membekal,suatu facsimile munasabah apa-apa lencana atau tanda yang digunakan untuk menunjukkan bahawa seseorang itu adalah anggota Pasukan atau mana-mana badan yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas-tugas polis di bawah Akta ini,atau sautu facsimile munasabah apa-apa lencana atau tanda yang digunakan untuk menunjuk pangkat seseorang anggota pasukan atau seseorang anggota mana-mana badan yang ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas-tugas polis di bawah Akta ini,atau suatu facsimile munasabah apa-apa pingat atau bintang penghormatan yang diberi kepada mana-mana pegawai polis kerana keberanian ,perkhidmatan atau kelakuan baik atau yang membantu ,menjual atau membekal facsimile itu,atau

(c) tanpa kebenaran seorang Pegawai Memerintah,secara haram memakai ,mengguna atau mempamerkan kecuali semasa mengadakan permainan pentas atau lain-lain pertunjukan panggung,apa-apa lencana atau tanda untuk memnunjukkan yang dia seorang anggota Pasukan atau mana-mana badan lain ditubuhkan atau didirikan untuk menjalankan tugas-tugas polis di bawah Akta ini,atau apa-apa pakaian yang berupa atau mempunyai tanda-tanda tertentu pakaian seragam itu adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini,

Hukuman nya ialah 6 bulan penjara atau denda RM500 atau kedua-dua!!!!!!!!!!

No comments:

Post a Comment