From:"Najib Razak dan Keluarga"-najib@1malaysia.com.my
To:yapkengtak@yahoo.com.my
Salam 1 Malaysia
Saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Tahun Baru Cina
buat seluruh rakyat Malaysia,khususnya bagi mereka yang akan
menyambut perayaan yang penuh dengan kemeriahan ini.
Setiap kali tibanya perayaan ini,saya masih terbayang
kemeriahan dan keceriaan yang saya lalui semasa kecil.Sudah
pasti saya tidak akan ketinggalan mengikut ibu bapa saya
menziarahi rakan-rakan beliau yang berketurunan Cina.
Makanan kegemaran semasa musim perayaan ini semestinya
kuai kapit,kuih bangkit,tat nanas,kerepek "ngaku" manakala
limau Mandarin sering menjadi pilihan utama.Teringat juga
sewaktu kecil adakalanya saya dihampiri oleh rakan-rakan ibu
bapa yang menghulurkan angpow.Tetapi sekarang,suasana sudah
berbeza.Hidangan sudah berubah,pelbagai juadah seperti sate,ais kacang,
mi rebus dan maruku juga disediakan.
Semoga di Tahun Arnab ini,kita akan sentiasa berada dalam
suasana penuh kemakmuran,kebahagiaan dan juga
dianugerahkan kesihatan yang sempurna.
Selamat Tahun Baru Cina,Gong Xi Fa Cai!
Iklas daripada
Najib Razak & Keluarga
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment