Total Pageviews

Tuesday, January 12, 2010

Pemasangan cermin gelap pada kenderaan

Apakah ukuran cermin gelap yang dibenarkan di bawah peruntukan undang undang?

Mengikut perutukan Kaedah 5(1) dan 5(2) Kaedah kaedah Kenderaan Motor (larangan mengenai jenis-jenis kaca tertentu ) 1991.Berdasarkan kepada perutukan tersebut,tahap ketelusan cahaya bagi cermin hadapan kenderaan (windscreen) hendaklad melebihi tujuh puluh peratus (70%) manakala bagi cermin sisi dan belakang kenderaan hendaklah melebihi 50%.Terdapat pengecualian di mana perutukan ini tidak terpakai pada kawasan 20% memanjang sebelah atas cermin hadapan kenderaan dan pada tingkap tepi semua jenis bas atau caravan kecuali bagi tingkap di sebelah kiri atau kanan pemandu.

Siapakah yang dibenarkan menggunakan cermin gelap?

Kaedah 11(a) dan 11(b) Kaedah-kaedah kenderaan Motor,(larangan mengenai jenis-jenis kaca tertentu) 1991,memperuntukkan bahawa kenderaan milik kerajaan yang digunakan oleh orang-orang berikut dibenarkan menggunakan cermin gelap iaitu:

.Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong atau DYMM Raja Permaisuri Agong.
.DYMM Raja sesuatu Negeri atau Konsortnya,
.Pemangku Raja sesuatu Negeri atau konsortnya.
.Pembesar Memerintah Negeri bagi Negeri Sembilan atau Konsortnya.
.Bakal Raja sesuatu Negeri atau Konsort bakal Raja itu.
.Bekas Raja sesuatu Negeri atau Konsortnya.
.Tuan Yang Tertamu Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri.
.Hakim Mahkamah Agung atau Mahkamah Tinggi.
.Pegawai polis atau pegawai tentera sebagaimana yang dinyatakan masing-masingnya oleh Ketua Polis Negara atau Ketua Angkatan Tentera.

Bagaimanakah proses pemeriksaan yang dilakukan oleh anggota penguatkuasa JPJ ke atas kenderaan yang menggunakan cermin gelap ?

Anggota penguatkuasa JPJ akan menahan kenderaan tersebut dan akan mengukur tahap ketelusan cahaya dengan menggunakan alat pengukur khas.Sekiranaya keputusan ujian didapati gagal mematuhi tahap ketelusan cahaya yang ditetapkan,anggota penguatkuasa JPJ akan mengeluarkan notis PG1 iaitu Notis Larangan Penggunaan Kenderaan Motor dan mengeluarkan saman kepada pemandu pemilik serta merta.Pemilik kenderaan diberi tempoh 10 hari untuk menukar keadaan cermin kenderaan tersebut dan diminta hadir dimana-mana JPJ berdekatan untuk pemeriksaan semula.Kegagalan mematuhi Notis PG1 dan kegagalan menyelesaikan saman dalam tempoh masa yang telah ditetapkan akan mengakibatkan kenderaan disenarai hitamkan oleh JPJ.


mesej informasi dari JPJ,Malaysia

No comments:

Post a Comment