Total Pageviews

Saturday, January 16, 2010

Perjumpaan Muhibbah Isu Allah




Tarikh:15-01-2010
Tempat:SMJK Taman Bukit Indah
Masa:9.00 malam
Pengerusi Majlis,ketua Polis Daerah Nusajaya,Johor,Supt Abd Aziz Bin Ahmad bermula perjumpaan dengan satu kutukan yang bergitu jelas terhadap serangan rumah ibadat di seluruh negara terutama nya yang berlaku di Negeri Johor kini.
Beliau memandang berat insiden tersebut dan berjamin tidak berkompromasi keatas kegiatan
yang telah menjadi satu ancaman terhadap menghancurkan keharmonian di negara kita.Keadaan di mana wujud kepelbagain agama sebagai satu amalan hidup,kita hormat menghormati antara satu sama lain,tidak boleh digugat sesiapa.
Beliau menashihatkan semua supaya bertenang dan jangan menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung insiden terbabit.Beliau bertambah,apa yang kita nampak atau dengar tidak mungkin benar,jangan beremolsi,do not jump to conclusion and do not judge a book by its cover!
Ketua Polis,Tuan Aziz berkata bahawa rumours atau khabar agin boleh jadi begitu destructive apabila benda yang tidak benar disebarkan.Ia boleh cetus keadaan cemas dan beliau pun telah memberi amaran bahawa pihak PDRM akan bertindak selanjutnya.
Beliau bertambah bahawa serangan tersebut bukan budaya kita.
Beliau pun merayu kepada semua pihak,baik pun dari Gereja,Surau,Masjid, Rela,Community Policing dan orang awam supaya memainkan satu peranan yang bertanggungjawab,demi menpertahankan harmoni dan aman yang sedia ada.
Sila laporkan apa yang kita nampak atau dengar yang tidak benar berkaitan isu demikian kepada pihak polis.

No comments:

Post a Comment